Monday 17 October 2011

SIMPULAN BAHASA

-ungkapan yang terdiri daripada dua ataupun tiga perkataaan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan itu.


a) Ala kadar
Maksudnya : seada-ada sahaja
Ayat : Walaupun majlis Hari Jadi Halimah disambut dengan ala
kadar,dia amat berterima kasih kepada keluarganya kerana
meraikan majlisnya itu.

b) Buah fikiran
Maksudnya : pendapat
Ayat : Penduduk Kampung Mak Chili mengadakan mesyuarat sebelum
mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk mendapatkan buah
fikiran menjalankan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut

c) Besar hati
Maksudnya : sombong atau gembira
Ayat : Puan Salimah menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya
dengan besar hati.

d) Bangkai bernyawa
Maksudnya : orang yang tidak berguna
Ayat : Ah Chong kelihatan seperti bangkai bernyawa kerana menghisap
dadah.

e) Hati terbuka
Maksudnya : senang hati
Ayat : Salmi menerima keputusan peperiksaan UPSR dengan hati
terbuka kerana hasratnya untuk mencapai 5A sudah berhasil.

f) Kera sumbang
Maksudnya : orang yang tidak mencampuri orang lain
Ayat : Keluarga Pak Leman disisih masyarakat kampung kerana sikap
mereka yang kera sumbang.

g) Lupa diri
Maksud : tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat atau keadaan dirinya
yang sebelum itu lebih susah
Ayat : Walaupun kita berjawatan besar, kita tidak harus lupa diri.

h) Lupa daratan
Maksudnya : berkelakuan yang bukan-bukan
Ayat : Semenjak bekerja di kota, Raju sudah mula lupa daratan.

i) Menara gading
Maksudnya : kedudukan yang tinggi yang terpencil daripada orang ramai.
Ayat : Ayah berasa bangga kerana anaknya berjaya melanjutkan
pelajaran ke menara gading.

i) Sebatang kara
Maksudnya : seorang diri ( tidak ada saudara-mara )
Ayat : Aliyah hidup sebatang kara semenjak kematian ibu bapanya
pada tahun lepas.

j) Tenggelam punca
Maksudnya : menjadi bingung
Ayat : Puan Salbiah kelihatan tenggelam punca untuk menyara
keluarganya setelah kematian suaminya bulan lepas.

k) Tulang belakang
Maksudnya : kekuatan, yang membantu
Ayat : Sokongan moral rakyat Malaysia menjadi tulang belakang
kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.

No comments:

Post a Comment