Saturday 10 December 2011

KATA-KATA HIKMAH

- merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor, dan biasanya mengandungi pengertian yang mendalam.Kata-kata hikmat berguna untuk sandaran hujah dalam pertuturan dan penulisan.

a) Bahasa Jiwa Bangsa
Maksud : semangat sesuatu bangsa
Ayat : Rakyat Jepun sangat megah bertutur dalam bahasa mereka walau di mana
mereka berada.

b) Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Maksud : Semangat perpaduan akan menyebabkan sesuatu masyarakat kukuh dan
apabila berpecah-belah pula, masyarakat itu akan hancur.
Ayat : Negara Malaysia aman damai kerana pemimpinnya yang sentiasa
menanamkan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh dalam
kalangan penduduk majmuknya.

Friday 9 December 2011

BIDALAN

 
-ialah pepatah atau peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat.

a) Alah membeli, menang memakai
Maksud : membeli sesuatu barang bernilai kerana kualitinya
Ayat : Puan Aini sangat menggemari beg tangan berjenama Bonia walaupun
harganya mahal kerana baginya alah membeli, menang memakai.

b) Ringan tulang, berat perut
Maksud : apabila rajin , hidup senang
Ayat : Keluarga Haji Karim berjaya menjadi usahawan terkenal mengusahakan
kilang perabut di kampungnya semenjak sepuluh tahun yang lalu kerana
mereka ringan tulang, berat perut

LATIHAN PERIBAHASA

Latihan 1
Jawab soalan peribahasa di bawah ini.

1.  Saya_______________menerima pelawaan Khairul untuk makan malam di rumahnya.
     A. panas hati     B. besar hati       C. bawa hati       D. baik hati

2.  Pasar raya Jimat merupakan hasil _______________ayah dan ibu sejak 20 tahun yang lalu.
     A. darah daging     B. mandi peluh    C. darah muda     D. titik peluh

3.  Encik Kamal berasa sungguh bertuah kerana mempunyai anak-anak yang _____________
     A. putih tulang     B. berat tulang     C. ringan tulang     D. tulang    belakang

4.  Para pesawah ___________ di tengah sawah demi mencari sesuap nasi untuk keluarga.
     A. mandi darah     B. mandi embun     C. mata peluh    D. mandi kerbau

5.  Pak Ali mencari ________________ tambahan dengan menjual sate di pasar malam.  
     A. mata pencarian     B. mata duitan     C. mata hati      D. mata air

      Jawapan: 1.B  2. D  3. C  4. C  5. A

Latihan 2

Lengkapkan ayat di bawah menggunakan simpulan bahasa yang betul.

1.  ______________Han Li apabila mendapati koleksi setemnya rosak akibat banjir tempoh hari.

2. Sudin lebih gemar __________________ketika berjalan di halaman rumahnya.

3. Anis mudah memahami pengajaran guru kerana dia______________.

4. Jason berasa kesunyian kerana dia ____________dalam keluarganya.

5. Ketiga-tiga abang saya ________________ ayah menjadi pegawai polis.

       ikut jejak      otak cair       hancur hati     kaki ayam     anak tunggal



PENULISAN :MENULIS NILAI-NILAI MURNI