Monday 17 October 2011

PERUMPAMAAN

-perbandingan makna yang jelas kerana ia didahului oleh perkataan bagai, bak, macam,seolah-olah, seperti dan umpama. Istilah Inggeris bagi perumpamaan ialah simile.Perumpamaan menerangkan penilaian kita ke atas sesuatu.Penilaian itu ialah emosi yang kuat.

a) Bagai kertas dengan dakwat
Maksud : tidak dapat dipisahkan, secocok, hubungan erat
Ayat : Persahabatan Saliya dan Aishah bagai kertas dengan dakwat kerana mereka 
berkawan semenjak pra-sekolah lagi.

b) Bagaikan telur di hujung tanduk
Maksud : kedudukan tidak tetap atau terjamin
Ayat : Keadaan ekonomi yang gawat menyebabkan Syarikat Batik milik Sabri 
bagaikan telur di hujung tanduk.

c) Sebagaimana acuan, begitulah kuihnya
Maksud : seseorang anak itu akan mengikut perangai bapa atau ibunya
Ayat : Sikap peramah yang dimiliki oleh Helmi sama seperti
ibunya,sebagaimana acuan begitulah kuihnya menyebabkan dia
disenangi oleh rakan-rakan.

d) Seperti enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing.
Maksud : hanya mementingkan diri sendiri.
Ayat : Anak-anak Pak Hussin seperti enau dalam belukar, melepaskan
pucuk masing-masing sanggup membiarkan ayahnya tinggal
bersendirian.

e) Seperti rumput di tepi jalan
Maksud : kehidupan melarat, orang yang tidak berguna kepada masyarakat
Ayat : Kehidupan penagih dadah itu seperti rumput di tepi jalan, tidak
dipedulikan oleh keluarga dan masyarakat.

f) Seperti harimau menyembunyikan kukunya
Maksud : orang yang memyembunyikan kehebatannya
Ayat : Zailani bersikap seperti harimau menyembunyikan
kukunya,walhal dia sangat hebat bermain bola sepak.

h) Seperti cincin dengan permata
Maksud : secocok, sama padan
Ayat : Suami isteri itu seperti cincin dengan permata sangat secocok.
.

h) Seperti rusa masuk kampung
Maksud: berasa hairan dan tercengang-cengang apabila berada di tempat baru
Ayat : Pada hari pertama persekolahan, Aiman belajar di Tahun Satu, dia
seperti rusa masuk kampung.


SIMPULAN BAHASA

-ungkapan yang terdiri daripada dua ataupun tiga perkataaan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan itu.


a) Ala kadar
Maksudnya : seada-ada sahaja
Ayat : Walaupun majlis Hari Jadi Halimah disambut dengan ala
kadar,dia amat berterima kasih kepada keluarganya kerana
meraikan majlisnya itu.

b) Buah fikiran
Maksudnya : pendapat
Ayat : Penduduk Kampung Mak Chili mengadakan mesyuarat sebelum
mengadakan Sambutan Hari Keluarga untuk mendapatkan buah
fikiran menjalankan aktiviti-aktiviti pada hari tersebut

c) Besar hati
Maksudnya : sombong atau gembira
Ayat : Puan Salimah menyambut kedatangan kedua-dua orang tuanya
dengan besar hati.

d) Bangkai bernyawa
Maksudnya : orang yang tidak berguna
Ayat : Ah Chong kelihatan seperti bangkai bernyawa kerana menghisap
dadah.

e) Hati terbuka
Maksudnya : senang hati
Ayat : Salmi menerima keputusan peperiksaan UPSR dengan hati
terbuka kerana hasratnya untuk mencapai 5A sudah berhasil.

f) Kera sumbang
Maksudnya : orang yang tidak mencampuri orang lain
Ayat : Keluarga Pak Leman disisih masyarakat kampung kerana sikap
mereka yang kera sumbang.

g) Lupa diri
Maksud : tidak sedar, tidak insaf, tidak ingat atau keadaan dirinya
yang sebelum itu lebih susah
Ayat : Walaupun kita berjawatan besar, kita tidak harus lupa diri.

h) Lupa daratan
Maksudnya : berkelakuan yang bukan-bukan
Ayat : Semenjak bekerja di kota, Raju sudah mula lupa daratan.

i) Menara gading
Maksudnya : kedudukan yang tinggi yang terpencil daripada orang ramai.
Ayat : Ayah berasa bangga kerana anaknya berjaya melanjutkan
pelajaran ke menara gading.

i) Sebatang kara
Maksudnya : seorang diri ( tidak ada saudara-mara )
Ayat : Aliyah hidup sebatang kara semenjak kematian ibu bapanya
pada tahun lepas.

j) Tenggelam punca
Maksudnya : menjadi bingung
Ayat : Puan Salbiah kelihatan tenggelam punca untuk menyara
keluarganya setelah kematian suaminya bulan lepas.

k) Tulang belakang
Maksudnya : kekuatan, yang membantu
Ayat : Sokongan moral rakyat Malaysia menjadi tulang belakang
kemenangan pasukan bola sepak Malaysia.

Wednesday 12 October 2011

PERBANDINGAN SEMACAM

-ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Perbandingan semacam pada umumnya digunakan dengan perkataan macam, seperti, bagai dan laksana.

contoh:

adil macam hakim
angkuh macam merak
bebas macam burung
berani macam harimau/singa
berat macam batu
besar macam gajah
bijak macam pendeta
bodoh macam kerbau/lembu
bulat macam bola
busuk macam bangkai/tahi
cantik macam bidadari/bunga
cepat macam kilat
cerah macam siang
cerdik macam sang kancil
degil macam keldai
deras macam ribut
gagah macam gergasi
ganas macam harimau/singa
garang macam harimau
gebu macam kapas
gelap macam malam
gemuk macam babi/babak
halus macam baldu/habuk
hangat macam api/neraka
harum macam bunga
hijau macam rumput
hina macam kucing kurap
hitam macam arang/buntut kuali
ikal macam mayang
jahat macam hantu/syaitan
jernih macam cermin
jinak macam merpati
kasar macam kulit nangka
kecil macam semut
kencang macam ribut
keras macam batu/besi
kesat macam pasir
kotor macam najis
kuat macam Badang
kuning macam kunyit
kurus macam lidi
lambat macam kura-kura/siput
lancar macam air
lari macam kuda
lembut macam sutera
liat macam getah
licin macam belut
ligat macam gasing
luas macam padang
mahal macam berlian/emas
malas macam keldai
manis macam gula/madu
masam macam cuka
masin macam garam
menangis macam budak-budak
merah macam biji saga/darah
merdu macam buluh perindu
miskin macam pengemis
mulia macam raja
nipis macam kertas
pahit macam hempedu/jadam/ubat
panas macam api
pandai macam Sang Kancil
pantas macam kijang/kilat
pedas macam cabai/cili
pucat macam mayat/orang mati
putih macam kapas
rajin macam semut
ramai macam semut/ulat
rata macam padang
ringan macam kekabu
riuh macam pasar
sabar macam nabi
segak macam putera
sejuk macam air batu/ais
sibuk macam lebah
tajam macam pedang/sembilu
takut macam tikus
tandus macam padang pasir
tawar macam air
terang macam siang
tinggi macam galah
tumpul macam belakang parang
wangi macam bunga
zalim macam Firaun

PEPATAH

-atau perbilangan ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan-ungkapan itu tidak berubah-ubah. Pepatah berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.Pepatah memiliki ciri-ciri puisi tradisonal Melayu.

a) Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
Maksud : kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat
Ayat : Kejayaan mengadakan aktiviti gotong-royong di Kampung Gong Limau
kerana penduduknya yang bekerjasama ,bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat mendapat pujian ketua kampung.

Sunday 9 October 2011

APA ITU PERIBAHASA?

                Peribahasa terdiri daripada enam jenis iaitu:-

                     a) Simpulan Bahasa
                     b) Perumpamaan
                     c) Pepatah
                     d) Bidalan
                     e) Bandingan Semacam
                      f) Kata-kata hikmat